Monday 30 December 2013

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1, 2014

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MURID TAHUN 1, 2014
TAKLIMAT TRANSISI TAHUN 1 OLEH TUAN GURU BESAR

PARA WARIS / IBUBAPA MURID TAHUN 1

 
MURID TAHUN 1 MENJALANI PROGRAM TRANSISI DI DALAM BILIK DARJAH

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENGHADAPI GERBANG PENDIDIKAN.
PENDAFTARAN MURIDBTAHUN 1 PADA 31 DISEMBER 2014.

Wednesday 13 November 2013

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

 logo baru KPM
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

UPSR 2013

TAHNIAH KEPADA MURID YANG BERJAYA MENDAPAT 5A

Saturday 17 August 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-56.
Semarakan Kemerdekaan Ini dengan Mengibarkan Jalur Gemilang
dan Menanamkan Semangat Patriotik kepada Negara tercinta.







Monday 29 July 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Unit ICT SKSMS merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
untuk semua guru, murid, staf bukan guru, pekerja am dan pengawal keselamatan sekolah.
Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday 3 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA


HARI ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG TAHUN 2013

Tahniah kepada semua murid yang menerima anugerah kerana menunjukkan
prestasi cemerlang dalam pelajaran.
Tingkatkan usaha anda dan kekalkan kejayaan cemerlanga anda.

Iklas daripada Unit ICT Sekolah.

Monday 20 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU SKSMS 2013

Hadiah Hari Guru
Kek Hari Lahir Guru Besar
Kek Hari Guru sumbangan YB Datuk Tajul Urus
Persembahan Guru
Catatan oleh Pengarah Pelajaran Kedah
"GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA"
Ikrar Guru SKSMS

Saturday 11 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Sultan MudzaffarShah, Bujang, Bedong, Kedah.
Hayatilah tema hari guru tahun ini sebagai panduan dalam menjadikan profession keguruan sebagai satu profession yang unggul.

Sunday 3 March 2013

PROGRAM MOTIVASI 'TAUTAN RABBANI WADAH KECEMERLANGAN' 2013

Program ini diadakan pada 02 Mac 2013 bersamaan 19 RabiulAkhir 1434, Sabtu, jam 8.30 pagi di Dewan Aspirasi SK Sultan Mudzaffar Shah.
Penceramah Jemputan ialah En. Mohd Husni Bin Hj Zakaria, Kaunselor SK Darul Hikmah, Jalan Jelai, Alor Setar Kedah.

Tuesday 26 February 2013

PERSARAAN KETUA PEMBANTU TADBIR

SELAMAT BERSARA KEPADA KETUA PEMBANTU TADBIR
PUAN HAJJAH FATIMAH BINTI HUSSIN
MULAI 01 MAC 2013


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 18 Februari 2013 ( ISNIN )
jam 4.00 petang di sekitar Kampung Langgar, Bujang, Kedah.

Monday 18 February 2013

GURU BESAR SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH

SELAMAT DATANG KEPADA GURU BESAR SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH
En. Mohd Effendi b Abdul Rahman
 24 FEBRUARI 2013



Saturday 26 January 2013

PERSARAAN TUAN GURU BESAR

SELAMAT BERSARA KEPADA TUAN GURU BESAR
SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG,

 Lembayung Senja mengocak ikan,
Si Bangau Putih di tengah bendang.;
Selamat Bersara Kami Ucapkan,
Budi dan Jasamu Tetap Dikenang.

Monday 21 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SELAMAT MERAIKAN HARI KEPUTERAAN RASULLULLAH SAW
- MAULIDUR RASUL -

Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan terpilih, dengan beriman, beramal dan berakhlak Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)
Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut Maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.

Wednesday 16 January 2013

HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN

Daulat Tuanku
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan),
DK(Pahang),DK(Selangor),DK(Perlis),DK(Negeri Sembilan),DK(Johor),DK(Terengganu),DK(Perak), DK(Brunei),DP(Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of The Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).
Sembah Takzim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
Pada
 20 Januari 2013 (8 Rabiul Awal 1434H)
Daripada Semua Warga Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah, Bujang, Bedong, Kedah

GURU BARU SKSMS 2013

Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang

USTAZAH PATHIYAH BINTI ABDUL AZIZ

PUAN NORSHIDA BINTI NORDIN