MAKMAL ICT

MAKMAL KOMPUTER TUN PERAK
1. Makmal komputer telah dijenamakan semula pada tahun 2018 dengan nama Makmal Komputer Tun Perak. 
2. Makmal komputer telah dibekalkan dengan 20 buah netbook 1Malaysia bagi menggantikan komputer Thin Client yang mengalami kerosakan sejak Jun 2017.
3. Selepas itu, makmal ini telah dibekalkan dengan 20 set komputer peribadi (PC) jenis AVF bagi kegunaan murid. Ianya adalah sebagai penggantian komputer MIMOS (2003)
4. Pada tahun 2018 juga makmal komputer telah ditambah set OCPE Lite dengan 1 AP khas untuk meningkatkan kelajuan internet yang selama ini tidak stabil dan perlahan. Namun masih dengan teknologi 6mbps.

Sejarah Makmal Komputer.
Makmal ICT sekolah kini telah dilengkapi dengan talian internet Yes.my melalui 1Bestarinet dengan teknologi pemasangan OCPE pada 30.05.2013. Makmal ini juga telah dibekalkan dengan komputer generasi baru oleh kerajaan melalui projek 1Bestarinet pada 22.07.2013. Teknologi yang digunapakai ialah Thin Client yang berteraskan 1 server untuk 21 komputer tanpa CPU. Justeru bagi guru-guru yang ingin menggunakan makmal ini sila hubungi Guru Penyelaras Bestari sekolah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum penggunaan. Guru-guru juga boleh menempah penggunaan makmal ICT dengan menetapkannya di dalam Jadual Penggunaan Makmal ICT Tahun 2013 di makmal ini.
Komputer yang dibekalkan pada 22.07.2013 berteknologi Thin Client oleh Bitara Induk telah mengalami masalah server mulai Februari 2016 dan pada 30 Jun 2016 hingga kini komputer tersebut gagal diselenggara oleh Bitara Induk dan tidak boleh digunakan oleh murid-murid hingga kini.
1. Kemudahan yang terdapat dalam makmal ICT:
TERBAHARU : Setelah komputer Thin Client mengalami masalah kerosakan server dan tiada baik pulih darpada pembekal kerana tamat kontrak pada 2016, pihak BTPN Kedah telah menyumbang 20 netbook ASUS untuk kegunaan di makmal komputer.
Terbaru: 20 Skrin Samsung 20" untuk murid, 1 skrin 20" dan 1 skrin 21" untuk guru, Pencetak Fuji Xerox Laser, Server IBM, Networking Cat 6 dan Internet YES.MY
2. Spesifikasi 2003 :
    - komputer peribadi ( PC ) MIMOS ( Tahun Perolehan 2003 ) = 20 buah
    - pencetak laser ( CANON LBP 3050 dan SAMSUNG ML-2150
    - projektor LCD - ACER
    - alat penghawa dingin - ACSON
    - sistem pembesar suara / audio digital
    - kamera digital - SONY
    - dan lain-lain lagi


Pemandangan Makmal 2003 - 2013
Makmal 22.07.2013

Komputer Baru 1Bestarinet Thin Client
2. Kemudahan yang terdapat dalam makmal ICT:
Terbaru: 20 Skrin Samsung 20" untuk murid, 1 skrin 20" dan 1 skrin 21" untuk guru, Pencetak Fuji Xerox Laser, Server IBM, Networking Cat 6 dan Internet YES.MY
3. Spesifikasi 2003 :
    - komputer peribadi ( PC ) MIMOS ( Tahun Perolehan 2003 ) = 20 buah
    - pencetak laser ( CANON LBP 3050 dan SAMSUNG ML-2150
    - projektor LCD - ACER
    - alat penghawa dingin - ACSON
    - sistem pembesar suara / audio digital
    - kamera digital - SONY
    - dan lain-lain lagi


VISI

“Menjadi pusat pengajaran, pembelajaran, dan rujukan berasaskan Teknologi Maklumat terkini dan lengkap sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara”

MISI

· Menjadi pusat rujukan yang lengkap dan selari dengan perkembangan semasa.
· Menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang TMK.
· Menyediakan prasarana dan kemudahan Teknologi Maklumat yang lengkap dan bersesuaian untuk tujuan P&P yang berkesan.
· Membantu menjayakan visi sekolah dan seterusnya matlamat negara.

MOTO

Makmal Komputer Sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi”

Makmal Jun 2013

 
Makmal Julai 2013


PERATURAN MAKMAL KOMPUTER SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG

  1. Peraturan makmal diwujudkan untuk:
1.1      Memaksimunkan penggunaan.
1.2      Meminimunkan risiko penyelewengan dan kerosakan.
1.3      Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran
dan pembelajaran.
1.4      Panduan untuk penggunaan ramai

  1. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:
2.1     Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam
          makmal.
2.2     Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam
makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
2.3     Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas
terlebih dahulu.
2.4     Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari
makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
2.5     Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.
2.6     Tidak dibenarkan memakai kasut dan sarung kaki di dalam makmal.
2.7     Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru
pengawas.
2.8     Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik
atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
2.9     Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian 
          komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal,
laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan
mana-mana suis yang perlu.
2.10    Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada
guru yang bertugas.
2.11    Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
2.12    Dilarang membuat bising di dalam makmal.
2.13    Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang
mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
2.14    Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
2.15    Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
2.16    Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak
boleh disimpan dalam cakera keras.
2.17    Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan
oleh guru.
2.18    Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke
makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
2.19   Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku  
log komputer.
2.20    Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal
Komputer.
         2.21    Sebelum keluar, sila pastikan semua komputer dimatikan ( off ) dengan
 sempurna dan kerusi disusun dengan kemas di bawah meja komputer.
Kursus untuk murid Frog VLE 1Bestarinet di SK Kg Pasir 07.07.2013
Murid SKSMS yang hadir kursus


PERANCANGANAN AKTIVITI TAHUNAN

BIL
AKTIVITI
TARIKH
TINDAKAN
1
MESYUARAT JK TMK
1.1    Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama
1.2    Mesyuarat Jawatankuasa Kali Dua
1.3    Mesyuarat Jawatankuasa Kali Tiga

Februari
Jun
Ogos

Setiausaha/AJK Induk
Setiausaha/AJK Induk
Setiausaha/AJK Induk
2
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN
2.1    Preventive Meintenance

2.2  Corrective Meintenance


Dijalankan secara berkala
Dua kali setahun
apabila berlaku kerosakan

Guru Penyelaras Bestari
Juruteknik Komputer

3
LATIHAN KEPADA GURU
3.1    Kursus Asas Multimedia
3.2    Kursus Lanjutan Multimedia
Februari - Oktober

JK Kerja LDP

4
KELAS KOMPUTER KEPADA PELAJAR
4.1    Kelas PdP Mata Pelajaran DST  Untuk Pelajar Tahap I.
4.2    Kelas PdP TMK Tahun 4.
4.3    Kelas ICTL Tahun 5 dan 6

Februari – Oktober


Guru MP DST
Guru MP TMk
Guru B.Inggeris Tahap2
5
PENGURUSAN MAKMAL
5.1    Pengurusan Makmal Komputer
5.2    Perlantikan Pengawas Makmal Komputer
5.3    Sediakan Laporan Tahun – 2 kali setahun.
5.4   Mengadakan Sudut Pameran Perkakasan Komputer.


Jan - Oktober
Januari
Jun, Oktober
Februari


Penyelaras Makmal
Penyelaras Makmal
Penyelaras Makmal
Penyelaras Makmal
Sekian dan terima kasih.