Saturday 26 January 2013

PERSARAAN TUAN GURU BESAR

SELAMAT BERSARA KEPADA TUAN GURU BESAR
SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG,

 Lembayung Senja mengocak ikan,
Si Bangau Putih di tengah bendang.;
Selamat Bersara Kami Ucapkan,
Budi dan Jasamu Tetap Dikenang.

Monday 21 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SELAMAT MERAIKAN HARI KEPUTERAAN RASULLULLAH SAW
- MAULIDUR RASUL -

Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan terpilih, dengan beriman, beramal dan berakhlak Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)
Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut Maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.

Wednesday 16 January 2013

HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN

Daulat Tuanku
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
DK.,DKH.,DKM.,DMN.,DUK.,DMK.,DK(Kelantan),
DK(Pahang),DK(Selangor),DK(Perlis),DK(Negeri Sembilan),DK(Johor),DK(Terengganu),DK(Perak), DK(Brunei),DP(Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK., SPMK., SSDK.,Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of The Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM).
Sembah Takzim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
Pada
 20 Januari 2013 (8 Rabiul Awal 1434H)
Daripada Semua Warga Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah, Bujang, Bedong, Kedah

GURU BARU SKSMS 2013

Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang

USTAZAH PATHIYAH BINTI ABDUL AZIZ

PUAN NORSHIDA BINTI NORDIN