HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID TAHUN 2019

PENGERUSI
:
EN ISMAIL BIN JEMALUDIN (GURU BESAR )
TIM.PENGERUSI 1
TIM.PENGERUSI 2          
 :
EN.MUHAMMAD FAIRUZ B. ABDULLAH (PEN.KANAN HEM)
EN MOHD SAAD B.HJ ABU BAKAR (PEN.KANAN PETANG)
SETIAUSAHA
:
PN. RAFIDAH BT CHE SAAD
PEN. SETIAUSAHA
AJK



:
:
PN.LATIPAH BT ABD RAHMAN

1. JK KWAMP/KEBAJIKAN – PN NORSHIDA BT NORDIN/PN RUSMINA BT SAID

2. JK. PENGAWAS- EN MOHAMAD AKMAL BIN YUNUS/PN NOR ILYANA BT SULAIMAN

3. JK DISIPLIN – EN FAIRUZ BIN SHAMSUDIN/EN MOHD ZAHIR BIN HASHIM

4. JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS-PN SURYANI BT SHARIFF/PN ANIS SAKIRIN
  
5.  JK. RMT/ PSS – EN GAFRI BIN ABDULLAH/AINUL MARDZIAH BT MOHD YUSUFF

6. JK KANTIN – PN NORINI BT OSMAN/WAN RAHMAH BT MUDA

7. JK BIMBINGAN DAN KAUNSELING/PRS- PN NOR ASHIKIN BT SEPIAN/EN HELMI

8. JK RIMUP- PN HASIZA BT MD AHIR/HAYATI FADZLIN BT HARON

9. JK 3K (KEBERSIHAN / KEBAJIKAN / KESIHATAN)- PN SYAJUHANA BT HANAFI/
                                                                                    PN SHATIRAH BT OTHMAN

10. JK PPDa- EN ABD RAZAK  BIN IBRAHIM/PN HAYATUL AKMAL BINTI OTHMAN

11. JK SEKOLAH PENYAYANG- PN NORZILAWATI BT OSMAN/NOR SYABIHA

12.JK. KEDAI BUKU- PN ROSHIMAH BT SAAD/UMI KALTHOM BT MAN

13.JK. SMM/APDM- AZRINA BT MOHAMED REDZA/EN HAMIZAN BIN IBRAHIM

14.JK. LAWATAN- PN SARIFFAH BT AHMAD/PN HAMNAH BT ABD HANI

15.JK KECERIAAN- PN SHAJUHANA BT HANAFI/PN ASHEENA BT ABDULLAH

16.JK ASET/INVENTORI- PN NORSHAFINI BT AB WAHAB/PN SAKINAH BT MUSA
         
     

DASAR PENGURUSAN MURID DAN KELAS




1.       DASAR PENGURUSAN AM KELAS

1.1   Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

1.1.1     Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.

1.1.2     Buku BJKM hanya dibenarkan dibalut dengan plastik lutsinar sahaja.

1.1.3    Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum jam 9.00 pagi. Slip kehadiran hendaklah dihantar ke pejabat sebelum jam 8.30 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan ponteng sekolah. Murid yang datang lewat 1 jam masih dikira hadir.

1.1.4     Tandakan BJKM seperti berikut:

-      Tandakan menggunakan pen dakwat berwarna hitam.

-      Tandakan  “ / “  sekiranya murid hadir. (condong kanan ke kiri)

-      Tandakan  “O ”  sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab


-      Tandakan  “ S “  dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab/bersurat (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit)

-   Tandakan  “L” dalam bulatan sekiranya murid lewat ke sekolah (dikira HADIR)

-     Tandakan “A “ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dalam aktiviti luar sekolah (dikira HADIR)

-    Tulis secara lajur ke bawah bagi hari cuti umum. Garis panjang bagi ruang sehingga nama murid terakhir dalam setiap kelas.

-  Elakkan  budaya  comot. Cecair pemadam tidak dibenarkan. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dan ditandangani ringkas.

1.1.5     BJKM hendaklah dihantar ke pejabat selewat-lewatnya jam 9.00 pagi.

1.1.6  Murid tidak dibenar mengambil BJKM selepas jam 9 pagi. Sebarang urusan berkaitan BJKM selepas waktu tersebut hendaklah dimaklumkan kepada PK HEM/pejabat.

1.1.7     BJKM hendaklah ditutup tidak lewat  dari 3 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.

1.1.8     Segala keselamatan dan kebersihan BJKM adalah tanggungjawab guru kelas.



1.2   Murid Bukan Warganegara (MBWN)

1.2.1   Bagi Murid Bukan Wargnegara (MBWN) , bayaran levi sebanyak  RM120.00 (Sekolah Rendah) hendaklah dibayar di Jabatan Pelajaran Perak  setiap tahun terlebih dahulu  sebelum didaftar  sebagai murid sekolah. Resit berkenaan hendaklah ditunjukkan kepada PK HEM. MBWN juga perlu membayar lain-lain bayaran tambahan  yang ditentukan seperti murid lain.



1.3   Fail Peribadi Murid (FPM)

1.3.1    Setiap murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 wajib mempunyai Fail Peribadi Murid. Murid baharu boleh mendapatkan fail berkenaan daripada PK Petang/PK HEM

1.3.2  Sila pastikan nama penuh murid, tahun, kelas dan nama Guru Kelas ditulis di muka hadapan fail. Pastikan gambar murid  ditampal di petak yang disediakan.

1.3.3   Semua maklumat peribadi murid salinan surat beranak, Borang SMM/maklumat diri, keputusan peperiksaan dalaman  dan lain-lain disimpan  dalam FPM. Buku kesihatan dan kad gigi murid  diurus  penyimpanannya oleh JK Kesihatan di almari Unit HEM Bilik Gerakan.



1.3.4   FPM akan diserahkan kepada murid yang menamatkan persekolahan (Tahun 6) dan pihak pejabat akan mengurus penyerahan kepada sekolah baharu sekiranya murid berpindah.

1.3.5     Semua FPM perlu disimpan dalam rak di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.



1.4   Fail Kelas Guru Kelas

1.4.1   Semua surat murid sama ada sijil sakit atau surat pengakuan sakit daripada ibu bapa/penjaga disimpan dalam Fail Kelas.

1.4.2   Semua surat peringatan ponteng atau surat gantung sekolah disimpan dalam fail ini.

1.4.3     Fail akan disemak oleh PKHEM setiap akhir bulan. Sila serahkan fail ini  selewat-lewatnya 3hb bulan berikutnya setiap bulan.  PKHEM akan menyediakan dokumen  semakan Fail Kelas.



1.5   Pendaftaran Murid Baru

1.5.1  PKHEM  akan menyemak rekod disiplin, akademik dan dokumen diri dari sekolah terdahulu dan kelulusan dari Jabatan.

1.5.2  Penyelaras Tahun/PKHEM akan memastikan status kewarganegaraan sebelum menerima masuk murid baru.

1.5.3    Guru kelas menerima murid baru daripada Penyelaras Tahun/PKHEM.

1.5.4   Pastikan semua murid baru melengkapkan Borang Maklumat Diri Murid (Borang SMM) yang boleh didapati daripada Pembantu Tadbir. Sekiranya membawa Borang SMM dari sekolah lama hendaklah memastikan maklumat yang terkini dan lengkap.

1.5.5    Silakan pastikan dan maklum kepada PKHEM sekiranya murid berkenaan adalah;

-          Penerima bantuan KWAMP atau apa-apa bantuan lain.

-          Penerima RMT

-          Orang Kurang Upaya berdaftar (OKU)

-          Anak yatim  atau  Murid miskin

1.5.6     Guru Kelas memasukkan  maklumat murid berkenaan dengan lengkap ke dalam Buku Daftar Murid Sekolah dan merekod nombor pendaftaran ke dalam Buku Jadual Kedatangan Murid. Pada awal tahun guru kelas Tahun 1 diminta melengkapkan maklumat dalam Buku Daftar Murid Sekolah dalam tempoh 3 bulan mengikut urutan kelas SKMC.

1.5.7     Sila kemaskini senarai nama murid dalam Sistem Maklumat Murid Secara Online (APDM) dari semasa ke semasa oleh Guru Kelas. Penyelaras/Guru kelas juga diminta membantu Guru Data SMM untuk mengemaskini data. Pemantauan data APDM dan SMM akan dibuat oleh JK Data Murid Sekolah.



1.6   Buku Teks

1.6.1     Semua murid warganegara layak menerima SPBT.

1.6.2   Guru Kelas membantu Guru SPBT menguruskan penerimaan dan pemulangan buku teks. Pastikan murid menyerahkan buku teks dalam keadaan baik.

1.6.3   Guru kelas memastikan menerima semual  Surat Akuan Menerima Buku Teks daripada ibu bapa/penjaga dan menyemak rekod berkenaan dan menyerahkan kepada Guru SPBT.

1.6.4 Guru Kelas membantu melengkapkan Borang Pinjaman Buku Teks dan menyenarai nama murid yang tidak memulangkan buku teks dalam tahun semasa.

1.6.5    Guru Kelas memastikan semua murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama dan kelas. Guru kelas juga perlu mengingatkan murid  agar tidak meninggalkan buku teks  di sekolah.

1.6.6     Buku teks akan di edar kepada setiap murid sebelum akhir tahun semasa. Setiap murid akan menerima satu set buku teks sebelum sesi persekolahan tahun hadapan.



1.7   Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

1.7.1     Menentukan surat kelulusan murid berkenaan.

1.7.2     Mencatat maklumat/butiran  pertukaran dalam BJKM.

1.7.3    Murid boleh membawa semua buku teks sama ada pertukaran dalam dan antara negeri. Pastikan semua buku tulis dan dokumen mata pelajaran diserahkan kepada murid berkenaan.

1.7.4     Guru Kelas menyediakan Surat Berhenti Sekolah bagi murid-murid  yang berada di SKMC sekurang-kurangnya selama  satu (1) tahun.

1.7.5    Segala dokumen peribadi murid (Fail Peribadi) diserahkan kepada pihak pejabat untuk dimasukkan dalam sampul surat  dilakri dan diserah kepada ibu bapa/penjaga. (bergantung kepada keadaan)



1.8   Pengurusan Kelas/Organisasi

1.8.1      Melantik Jawatankuasa Kelas

1.8.1.1    Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

1.8.1.2    AJK Kebersihan & Keceriaan

1.8.1.3    AJK SPBT

1.8.1.4    AJK Mata Pelajaran

1.8.2       Menyelaras penyediaan perkara berikut;

1.8.2.1    Carta Organisasi ditampal di papan kenyataan hadapan kelas.

1.8.2.2    Jadual Waktu ditampal di papan kenyataan hadapan kelas.

1.8.2.3   Jadual Bertugas Harian Murid – ditampal di papan kenyataan hadapan kelas.

1.8.2.4    Pelan Kedudukan Murid – dilekat di atas meja guru.

1.8.2.5    Inventori – Kad Kew PA3 – ditampal di dinding kelas.

1.8.2.6    Papan kenyataan  kelas – dihias kemas dan jelas semua maklumat

1.8.2.7    Pelan Laluan Kebakaran @ Kecemasan – tampal di dinding kelas

1.8.2.8  Misi, Visi, Moto sekolah dan JPN serta  Amalan Terbaik SKSMS dipamer dan dihafal serta difahami oleh semua murid.

1.8.2.9    Sudut Bacaan Kelas

1.8.2.10 Sudut mata pelajaran disediakan di papan kenyataan sebelah belakang

  dan  tepi kelas.

1.8.3     Bilangan kehadiran ditulis di penjuru kanan papan putih

1.8.4   Memastikan  kerusi dan meja mencukupi dan mempunyai nombor siri (ditanda hak milik kelas). Kerusi hendaklah yang sama warna.

1.8.5     Mengganti perabot yang rosak/tidak selamat digunakan.

1.8.6     Kebersihan Kelas;

1.8.6.1Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru harus memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur sebelum memulakan pengajaran dan sebelum meninggalkan kelas.

1.8.6.2Memastikan sampah dibuang dari dalam laci dan bakul sampah ke tong sampah induk  5 minit sebelum rehat dan sesi persekolahan tamat. Murid bertugas di bawah penyeliaan guru.

1.8.7     Peralatan kebersihan hanya dibekalkan  pada awal tahun sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab kelas menggantikan alatan pembersih yang rosak atau hilang.

1.8.8    Semua murid memasukan kerusi di bawah meja,menutup suiz lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas sama ada waktu rehat, ke bilik khas atau waktu pulang.

1.8.9      Mengambil perhatian terhadap perkara berikut;

1.8.9.1Memastikan pendawaian elektrik, lampu, kipas dan suiznya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

1.8.9.2Melaporkan sebarang kerosakan dan masalah dengan segera kepada Jawatankuasa berkenaan dan PK HEM.

1.8.9.3Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipan ditetapkan mengikut budi bicara guru kelas dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat dan diminitkan. Satu salinan Minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada PKHEM selewat-lewatnya pada minggu kedua).

Tabung ini diwujudkan untuk tujuan membeli bahan keceriaan kelas, tabung kelas, jamuan akhir tahun dan sebagainya). Guru kelas sebagai pemegang amanah dan menunjukkan akaun kelas yang kemaskini apabila diminta.



1.9   Senarai Nama Murid

1.9.1  Setiap guru kelas menyediakan senarai nama murid seperti format di bawah. Serahkan senarai tersebut pada minggu pertama persekolahan.



Kelas: ………………..

Nama Guru Kelas: ……………………………

Bil
No.Pendaftaran
Nama Murid
Kela20...
Bangsa
Catatan





















1.10            Buku Laporan Disiplin Murid dan Rekod Keluar Ke Tandas

1.10.1 Menulis setiap nama murid mengikut helaian yang ditetapkan.(1 orang murid 1 muka surat, boleh ditambah helaian sekiranya ruang tidak mencukupi).

1.10.2 Sentiasa dikemaskini  dan dihantar setiap hari akhir persekolahan pada setiap bulan kepada PKHEM.

1.10.3 Mengambil tindakan segera ke atas kesalahan yang sering dilakukan dan melaporkan kepada PKHEM sekiranya perlu.







 2.       DASAR PENGURUSAN DISIPLIN MURID


2.1   Ponteng Sekolah

2.1.1     Murid dianggap ponteng sekiranya tidak hadir  sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

2.1.2  Guru kelas hendaklah menandakan ‘O’ dalam BJKM Kelas (Sila rujuk Nota 1.1.4)

2.1.3   Jadual penghantaran surat kes Ponteng adalah seperti berikut;



Tindakan
Ponteng Berterusan
Ponteng Berkala/ Tidak berurutan
Amaran 1
3 hari terturut-turut
10 hari
Amaran 2
7 hari selepas Surat Amaran 1
10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 3
7 hari selepas Surat Amaran 2
20 hari selepas Surat Amaran 2
Buang Sekolah
14 hari selepas Surat Amaran 3
20 hari selepas Surat Amaran 3
Jumlah Keseluruhan
31 hari
60 hari



2.1.4  Guru Kelas hendaklah mencatat segala semua proses tindakan dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat Ponteng kepada ibu bapa/penjaga (dalam fail kelas).

2.1.5    Segala surat amaran dan Surat Buang Sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.

2.1.6 Surat amaran dan buang sekolah hendaklah diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh;

Amaran 1
PK HEM
Amaran 2
PK HEM
Amaran 3
PK HEM
Buang Sekolah
Guru Besar

      Salinan 1: untuk diserah kepada ibu bapa /penjaga murid

      Salinan 2: untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod  Salah Laku Disiplin Murid

      Salinan 3: untuk dimasukkan ke dalam fail Kelas guru kelas

2.1.7    Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus beri kepada PKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Guru Besar.

Nota:  Sila catat dalam  BJKM sekiranya surat telah dikeluarkan seperti berikut

            AP – Amaran pertama

             AK – Amaran Kedua

            AT – Amaran Ketiga

            BS – Buang Sekolah

2.1.8   Sekiranya murid hadir selepas sesuatu  tindakan telah dibuat, perkara berikut hendaklah  dipatuhi;

Selepas Amaran Pertama, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.

Selepas Amaran Kedua, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM.

Selepas Amaran Ketiga, Murid mesti hadir dengan ibu bapa dan berjumpa Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuashati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa/penjaga melalui Surat Akur Janji.

Selepas Buang Sekolah, Murid hanya dbenarkan masuk semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh JPN.





2.2   Buku Rekod Disiplin Kelas (BRDK) & Buku Kawalan Kelas (BKK)

2.2.1     Semua Guru Kelas mesti memastikan  kelas mereka mempunyai  BRDK & BKK setiap hari.

2.2.2    BRDK & BKK akan diedar kepada Ketua Kelas setiap pagi di meja Ketua Guru Disiplin dan menjadi tanggungjawab  Ketua Kelas memulangkan BRDK&BKK ke meja Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan  setiap hari .

2.2.3   BRDK hendaklah sentiasa ada pada Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.

2.2.4     Guru yang masuk hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. Sila lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam BKK. Kelas yang bercantum seperti Pendidikan Agama & Moral akan mempunyai BKK yang berasingan.

2.2.5  Guru mestilah mencatat setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid  (rujuk Lampiran  kod dan jenis Salah Laku Murid) pada helaian mengikut no siri murid di dalam BRDK.

2.2.6    Semua kes salah laku yang ringan atau sederhana hendaklah diambil tindakan oleh guru yang berkenaan pada setiap waktunya. Hanya kes yang berat sahaja perlu dicatat dalam BRDK untuk tindakan Ketua Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat  dan memerlukan tindakan segera, sila catat dalam BDRK dan terus maklumkan  kepada Ketua Guru Disiplin/PKHEM untuk tindakan selanjutnya.

2.2.7   Ketua Guru Disiplin hendaklah menyemak dan menjaga BDRK &BKK dengan baik dan diserahkan  kepada PKHEM  akhir setiap bulan.



2.3   Pas Kebenaran Keluar Kelas

2.3.1    Semua guru hendaklah mengambil Pas Kebenaran Keluar daripada PKHEM pada awal tahun.

2.3.2   Mana-mana murid yang ingin keluar ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.

2.3.3   Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelah jika tiada guru.



2.4   Disiplin Murid

2.4.1  SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu guru-guru mestilah  memastikan semua murid mengikuti peraturan sekolah yang ditetapkan.

2.4.2    Guru-guru mesti memberi teguran dan nasihat jika mereka mendapati seseorang  murid itu melakukan  kesalahan disiplin.

2.4.3     Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin/PKHEM

2.4.4   Guru-guru hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah  berpatutan dan adil serta setimpal  dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

2.4.5  Tiada sentuhan badan kepada murid dan tingkah laku negative yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.



2.5   Kawalan/ Tanggungjawab Guru

2.5.1   Guru mestilah mengetahui nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.

2.5.2    Guru hendaklah kenali dan fahami mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan  yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.

2.5.3    Jangan mulakan proses PdP sekiranya murid-murid tidak memberikan tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.

2.5.4    Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru, sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

2.5.5  Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkan dengan segera.

2.5.6 Guru-guru harus mengambil perhatian terhadap murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenalpasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan sewajarnya. (dendaan seharusnya tidak merugikan hak belajar murid). Murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran, boleh dirujuk kepada PKHEM atau Guru Besar.



2.6   Dasar Umum Disiplin

2.6.1   Setiap murid wajib memiliki  Buku Peraturan Sekolah dan dibawa ke sekolah setiap hari.

2.6.2   Setiap murid wajib mempunyai Buku Komunikasi dan wajib dibawa bersama  sewaktu  perhimpunan.

2.6.3  Pada awal tahun permulaan persekolahan murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui Taklimat Peraturan Sekolah.

2.6.4     Pemeriksaan Gempar/Spot check;

2.6.4.1 Pemeriksaan gempar/spot check boleh dilakukan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak  pentadbir.

2.6.4.2Pemeriksaan gempar/ spot check boleh dilakukan terhadap kepatuhan uniform  murid,  kebersihan diri, buku teks dan membawa barang larangan.

2.6.4.3 Guru disiplin/ guru bertugas  bersama guru kelas atau  guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas sekolah akan membuat spot check dengan disaksikan oleh murid yang berkenaan.

2.6.4.4 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut  akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan dalam almari Bilik PKHEM.

2.6.4.5 Barang rampasan akan disimpan oleh PKHEM.

2.6.4.6 Barang rampasan yang mahal seperti telefon bimbit hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga setelah berjumpa PKHEM dan menandatangani surat kontrak.

2.6.4.7 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Disiplin dan  AJK PIBG.

2.6.4.8  Kehilangan barang-barang berharga adalah tanggungjawab murid-murid.



2.7   Kaedah Mengatasi Disiplin

2.7.1    Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada  semua guru, kelas-kelas (ditampal) dan bilik-bilik khas. Penerangan kepada semua murid.

2.7.2  Guru kelas / guru mata pelajaran rekod kesalahan murid dalam Buku Rekod Disiplin Kelas dan lapor kepada guru disiplin. Guru Disiplin akan menyemak dan mengambil tindakan selanjutnya (dibawa perbincangan/mesyuarat JK Disiplin ikut keperluan)

2.7.3     Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan;

i.                     Kedatangan penuh – 2x setahun

ii.                   Kerap tidak hadir /ponteng – 2 bulan sekali

2.7.4    Sifar Ponteng ;

i.       mberikan sijil penghargaan kepada kelas yang mempunyai % kehadiran tertinggi/ terbaik setiap bulan.

ii.          Murid yang mengekalkan sifar ponteng/ kehadiran penuh akan diberi sijil penghargaan pada akhir tahun.



2.8   Pengurusan Perhimpunan

2.8.1  Perhimpunan rasmi pada hari Ahadbermula 7.30 pagi hingga 8.15pagi. Perhimpunan harian bermula 7.30 pagi hingga 7.45  pagi. Semua murid mesti berkumpul di dewan sekolah setiap hari pada jam 7.30 pagi. Aktiviti membaca dijalankan selama 10 minit.

2.8.2    Diuruskan oleh guru bertugas Mingguan. Persiapan tempat diurus oleh murid kelas Tahun 5/6 secara giliran mingguan.

2.8.3      Semua guru dan murid wajib berada setiap waktu  perhimpunan.

2.8.4     Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap/berbual  ketika perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.

2.8.5    Perhimpunan perlulah ringkas dan padat. MMI (Melindungi Masa Instruksional) harus diambilkira

2.8.6  Murid dilarang membaca bahan bacaan yang dibawa semasa guru berucap/ memberi taklimat atau murid lain membuat persembahan.

2.8.7  Guru-guru juga diingatkan tidak bercakap/bersembang ketika perhimpunan  sedang dijalankan. Sekiranya perlu maka guru berkenaan dibenarkan keluar sebentar dari perhimpunan tersebut.

2.8.8    Pergerakan keluar dewan hendaklah dikawal dengan memininumkan bunyi suara dan tapak kasut.





3.       DASAR AM KEBAJIKAN MURID

3.1   Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

3.1.1   Memastikan semua murid mendapat buku teks yang mencukupi  selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.

3.1.2 Guru kelas memastikan semua murid membalut buku teks dengan kemas menggunakan plastik lutsinar tanpa corak dan ditulis nama.

3.1.3   Melaksanakan arahan perpindahan murid bersama buku teks, dalam daerah, luar daerah atau antara negeri mengikut pekeliling.(KP. BT.)

3.1.4    Guru SPBT mesti mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan dan setiap murid menandatangani borang dan menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.

3.1.5    Murid bukan warganegara tidak layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks.

3.2   Pengurusan Bantuan Kewangan - (KWAPM) & Sumbangan

3.2.1  Guru kelas mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan dan mengedar borang KWAPM dan menyerahkan borang yang lengkap kepada PKHEM mengikut tarikh yang ditetapkan.

3.2.2     Permohonan adalah mengikut tahun semasa.

3.2.3  Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada JK Kebajikan dan PKHEM sekiranya ada murid yang ditimpa penyakit yang mudarat  atau murid yang ditimpa kemalangan/ kematian atau bencana pada keluarganya.

3.2.4  Derma kilat akan dibuat oleh JK Kebajikan sekiranya berlaku kemalangan /kematian atau bencana pada saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.

3.2.5   Sumbangan kepada anak yatim dan murid miskin akan diberi pada hari-hari perayaan mengikut agama murid berkenaan yang disumbang oleh murid-murid dan guru-guru. (kutipan dijalankan selama 3 hari selepas waktu rehat, tiada paksaan untuk memberi sumbangan)



4.       DASAR AM PENGURUSAN KEBERSIHAN DAN  KESIHATAN

4.1   Rekod Kesihatan Murid

4.1.1     Guru kelas hendaklah memastikan setiap murid mempunyai buku tersebut. Guru kelas Tahun 1 akan menyedia dan memastikan buku berkenaan lengkap (ditandatangani kebenaran ibu bapa) sebelum pemeriksaan dibuat ke atas murid.

4.1.2  Jika guru kelas mendapati murid berkenaan tidak mempunyai buku atau kehilangan buku tersebut,   sila dapatkan daripada PKHEM  dengan bayaran RM1.00 bagi senaskah.

4.1.3      Setiap murid wajib mempunyai buku tersebut kerana buku berkenaan diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat  ataupun semasa suntikan imunisasi (Tahun 1 dan Tahun 6) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.

4.1.4     Buku Rekod kesihatan Murid wajib dibawa bersama murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi Murid berkenaan.



4.2   Kad Pergigian Murid

4.2.1     Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan semasa di Tahun 1.

4.2.2  Guru kelas  mestilah memastikan kad pergigian diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi  pemeriksaan gigi anak/ anak jagaan mereka.

4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan berkenaan dan pemeriksaan akan dilaksanakan dalam satu tempoh yang ditetapkan setiap tahun oleh Jabatan Kesihatan yang berkenaan.



4.3   Surat Rawatan Murid

4.3.1   Guru kelas hendaklah memaklumkan bahawa murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.

4.3.2     Surat rawatan hendaklah ditandatangani guru besar atau mana-mana Penolong Kanan.

4.3.3    Surat ini digunakan oleh murid yang ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.



4.4   Murid Sakit

4.4.1    Guru kelas mestilah prihatin jika ada dikalangan muridnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.  

4.4.2  Jika murid berkenaan meminta izin pulang, guru bertugas atau guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/ penjaga murid berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.

4.4.3   Guru bertugas/ guru kelas mesti memastikan ibu bapa /penjaga murid merekod maklumat  diri murid yang dibawa pulang di dalam Buku Rekod Keluar Murid dan guru bertugas menulis dalam Buku Laporan Bertugas.

4.4.4    Jika berlaku kes-kes kemalangan/ kecemasan, guru bertugas/guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk mendapat kebenaran membawa ke hospital/klinik  terdekat  atau menghantar balik ke rumah.



4.5   Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

4.5.1  Semua guru bertanggungjawab bagi  memastikan murid-murid  menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas , bangunan dan kawasan sekolah.

4.5.2  Guru-guru kelas mesti sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

4.5.3  Guru-guru kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias  kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu proses PdP.

4.5.4   Guru-guru kelas hendaklah memastikan kelas dibersihkan di awal pagi oleh murid bertugas sebelum masuk ke dewan. Bakul sampah dikosongkan sebelum wakti rehat dan waktu akhir pembelajaran.   

4.5.5    Guru-guru hendaklah meminta murid memasukkan kerusi di bawah meja. Setiap kelas mesti mempunyai kerusi yang sama warna . (seragam)

4.5.6  Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab kelas atau bilik-bilik khas dibersihkan sebeum murid-murid keluar.



4.6   Kantin Sekolah

4.6.1  Guru JK Kantin hendaklah memastikan pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan seluruh kawasan kantin.

4.6.2  Guru JK Kantin perlu membuat laporan setiap hari kepada PKHEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

4.6.3  Guru JK Kantin perlu membuat laporan kepada PKHEM atau pentadbir jika berlaku kes keracunan makanan atau perkara yang tidak sepatutnya  dengan segera.

4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihati murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan dari penjual luar.

4.6.5    Guru bertugas serta Guru disiplin mesti memastikan murid murid menepati masa untuk beredar dari kantin untuk masuk ke kelas apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan

4.6.6   Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman manis di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.

4.6.7     Penggunaan plastik minuman dilarang sama sekali.



4.7   Kebersihan Kelas

4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas di awal pagi, rehat dan  waktu akhir persekolahan.

4.7.2   Guru mata pelajaran memeriksa sebelum masa pertama bermula dan untuk waktu akhir, 5 minit sebelum waktu akhir persekolahan. Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang.

4.7.3      Guru bertugas harian membuat memeriksa pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas (2guru = 2hari/rondaan).

4.7.4    Markah diisi oleh guru bertugas di dalam Borang Kebersihan untuk menentukan kelas terbersih atau terkotor pada minggu tersebut.

4.7.5    Guru bertugas pada minggu akhir setiap bulan akan mengira purata markah untuk menentukan kelas terbersih dan terkotor mengikut bulanan.

4.7.6   Pengumuman akan dibuat pada hari Isnin minggu pertama setiap bulan. Kelas terbersih akan menerima piala pusingan dan sijil penghargaan. Kelas yang kotor akan didenda membuat kerja amal membersihkan kawasan sekolah di bawah pengawasan guru bertugas.

4.7.7 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan menerima hadiah utama mengikut tahap pada akhir tahun.





5.       DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

5.1   Latihan kebakaran/kecemasan

5.1.1   Memastikan latihan kebakaran  (fire drill) diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

5.1.2     Mengadakan demontrasi memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran kecil.

5.1.3    Memastikan alat pencegahan kebakaran/pemadam api mencukupi dan berfungsi. Dibuat pemeriksaan mengikut tarikh dari semasa ke semasa.

5.1.4    Guru-guru mesti memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila loceng kecemasan dibunyikan.

5.1.5   Guru-guru mesti memastikan suiz lampu, kipas dan peralatan elektrik lain serta gas ditutup sebelum keluar.

5.1.6  Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) hendaklah dibawa keluar oleh staff pejabat/penolong kanan ke tempat berkumpul.

5.1.7  Guru kelas hendaklah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan  mengira murid bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada pentadbir dengan segera.



5.2   Polisi Sekolah Selamat

5.2.1       Pihak sekolah mengamalkan 3 polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah

i.                     Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah

ii.                   Polisi Mengelakkan gangguan seksual

iii.                  Polisi Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum

5.2.2       Semua guru bertanggungjawab memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.



5.3   Kenderaan Guru dan Ibu Bapa /Penjaga

5.3.1      Guru-guru dan ibu bapa/penjaga hendaklah mematuhi laluan pintu masuk dan keluar kenderaan yang ditetapkan.

5.3.2      Guru-guru dan ibu bapa/penjaga mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang dikhaskan supaya tidak mengganggu laluan.

5.3.3      Guru-guru dan ibu bapa/penjaga dinasihatkan berhati-hati ketika memandu untuk mengelakkan kemalangan.

   

5.4   Pondok Kawalan Keselamatan

5.4.1      Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya mereka mendapati tiada pengawal  bertugas  di pintu pagar sekolah.

5.4.2      Pintu pagar mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah hendaklah merekod maklumat diri di Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

5.4.3      Pengawal Keselamatan memastikan pelawat mengikut carta aliran pelawat yang terpapar  di tiang pagar sekolah.



5.5   Menangani bencana

5.5.1      Menyelaras dan membekal data sekolah dan murid  kepada MKN

5.5.2      Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.

5.5.3      Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.

5.5.4      Meningkatkan pemahaman  bantuan pengurusan bencana alam.

5.5.5      Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah.