Apakah DELIMa KPM? DELIMa merupakan
singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.Ia merupakan
penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM
pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform
tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta
sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia
boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada. DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google
Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya ini. Cara
Login DELIMa KPMPara pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa
menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh
penyelaras ICT di sekolah sebelum ini. Para guru dan pelajar hanya perlu mengikut langkah berikut untuk
login ke laman web tersebut: 1. Layari
laman portal https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login 2. Masukkan
ID dan password yang dibekalkan oleh sekolah 3. Tekan
butang LOGIN 4. Setelah
berjaya Login, anda boleh pilih Menu PELAJAR, GURU atau SEKOLAH 5. Selepas
itu, anda akan dipaparkan dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan PdPR yang boleh
dimanfaatkan sebaiknya! Pelbagai
Fungsi Dalam Portal DELIMa
Setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan
mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma. Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau
masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah
atau guru kelas masing-masing. Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login |
LAMAN DELIMA KPM
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment