Wednesday 9 May 2012

LATIHAN KEBAKARAN

Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Everest Point Enterprise telah mengadakan latihan, taklimat dan demontrasi kebakaran pada jam 11.05 pagi 10 MEI 2012. Latihan ini telah berjaya mengumpulkan murid-murid di padang dengan cepat dan selamat berdasarkan pelan kebakaran yang telah disediakan.

Monday 7 May 2012

TEMA : “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” 
 Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Link Lagu Tema Hari Guru : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/05/lagu-tema-hari-guru-2012-guru-inovatif.html