PROGRAM GURU PENYAYANG

PROGRAM GURU PENYAYANG

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah

· Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
· Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
· Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah
· Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Kaedah pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara berterusan sepanjang tahun 2021 dan membudayakan warga sekolah. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut; 
1. Pelancaran Program Guru Penyayang 
2. Mengalu-alukan kehadiran murid 
3. Program Mentor Mentee 
4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan perayaan utama) 
5. Penghargaan kepada murid (kehadiran penuh bulanan)

 Antara aktiviti yang dirancang

1.0 Aktiviti Mengalu-alukan murid
Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
b. Semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah

Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan;
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
b. Lambaian pulang
c. Bertanya khabar
iii.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; Contoh; Membetulkan tali leher, Membetulkan butang baju dan lain-lain.
iv.Membuat publisiti/promosi
2.0 Program Mentor Mentee - dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
Tujuan:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Membantu menyelesaikan masalah murid
Cadangan aktiviti:
Sesi ramah mesra / Sesi makan bersama / Meraikan hari lahir / Bimbingan hala tuju hidup / Lawatan atau ziarah keluarga / Sesi perkongsian masalah
Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas (semua murid terlibat)
ii. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dijadualkan
Pengisian semasa perjumpaan;
i. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
ii. Membimbing mentee mengatasi masalah
iii. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
iv. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri
Disenaraikan sebagai salah satu tugas guru di sekolah, Menyediakan profil setiap mentee

3.0 Penghargaan Kepada Murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak
iv. Guru meraikan murid dalam suasana kasih sayang
Antara kaedah yang boleh digunakan;
i. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
ii. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan, contoh; Lagu Hari Lahir ,Lagu Perayaan utama
iii. Menghantar kad ucapan. Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari Perayaan, Penanda Buku Hari Lahir
Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

4.0 Penghargaan Kepada Murid (kehadiran penuh bulanan)
• Memberi penghargaan dalam bentuk sijil kepada murid yang hadir 100% pada setiap bulan sebagai satu galakan hadir ke sekolah
• Guru memberi sentuhan kasih sayang dengan memberi dorongan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG, KEDAH DARUL AMAN

Program GURU PENYAYANG “Pakat Mai Sekolah dalam Norma Baharu” 

20 JANUARI 2021 / 7.00 PAGI DI PAGAR UTAMA SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH


TEMA


PENGENALAN 

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


OBJEKTIF 

Berikut merupakan objektif Program Guru Penyayang: 

 Menanamkan sifat penyayang dalam diri seorang guru. 

 Menggalakkan kehadiran murid ke sekolah. 

 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 

 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti / masyarakat kepada sekolah.


AKTIVITI 

Guru mengalu-alukan ketibaan murid di pintu pagar sekolah: 

 pada setiap sesi persekolahan baharu 

 semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah 

Kaedah

i. Menyambut kedatangan murid

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria 

b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid 

c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid 

ii. Membuat sapaan

a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah 

b. Mengambil suhu badan dan mencatat 

c. Lambaian pulang 

d. Bertanya khabar 

iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; 

Contoh (sop Covid-19) - Menunjuk cara yang betul cara menghormati 

- Membasuh tangan dengan cara yang betul .

- Menjaga penjarakan sosial

- Pemakaian 'face mask' yang betul

- Pengsanitasian yang betul


JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG 2021

PENYELARAS  PAGI              : En. Gafri bin Abdullah

PENYELARAS PETANG       :  Pn. Syamilah bt Salleh

SETIAUSAHA      :    Pn. Masidayu bt Kamis

AJK                       :    Pn. Norlizal bt Ishak

                               :    En. Shuib bin Saad

                               :    Pn. Nor hamishah bt Abd Halim

                               :    Pn. Nur Hamizah bt Abd. Rani

                               :    En. Muhamad Zulkifli bin Omar

No comments:

Post a Comment