TOKOH SEJARAH TEMPATAN

 

                    ALLAHYARHAM TUAN HAJI ABD RAHIM BIN HJ AHMAD

- Dilahirkan di Kampung Sungai Gelam, Mukim Bujang pada 22 Mei 1932

- beliau dipelihara oleh bapa saudaranya di Kampung Bakar Kapur, Sungai Petani hingga berumur 7 tahun

- pada 1939 bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Petani ( SK Khir Johari ) bermula dengan darjah 0 hingga darjah 2

- apabila Jepun menyerang Sungai Petani, pada 1941 beliau berhenti sekolah

- pada 08 Disember 1941 beliau pulang semula ke Kampung Sungai Gelam, Mukim Bujang

- pada 1942 beliau menyambung persekolahan di Sekolah Melayu Bujang dalam darjah 3

- pada 11 November 1946 beliau lulus Sijil Darjah 5 dengan markah 75.3% dan berjaya temuduga untuk menjawat jawatan guru

- mula bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Langgar , Alor Setar, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kota Kuala Muda, Sekolah Kebangsaan Semeling dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai selama 38 tahun

- beliau bersara sebagai seorang pendidik pada 1985 dan menyambung tugas sebagai Bilal dan Jawatankuasa Masjid Kariah Bujang mulai 1985 hingga 2019

- beliau telah meninggal dunia pada 23 April 2021 ( 11 Ramadhan 1442 ), hari Jumaat dan disemadikan di Tanag Perkuburan Masjid Al Muttaqin Kampung Bujang selepas Solat Jumaat.

 


                                            HAJI BASHARUDIN BIN HJ MD SALLEH

- dilahirkan di Kampung Bujang pada 28 SEPTEMBER 1948 dengan no. sijil lahir 73/48

- pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bujang pada 01.01.1954 hingga 31.12.1960

- pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar pada 1961 hingga 1970

- bertugas sebagai pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah mulai 15.04.1971 hingga 31.08.1980

- bertugas sebagai Penghulu Mukim Bujang mulai 01.09.1980 hingga 01.01.2002

- menerima anugerah pingat pada 1990 (PJK), 1992 (PCK) dan 1996 (BKM)

- berkahwin dengan Puan Hjh Maimunah bt Abd Wahab ( Allahyarhamah 08.06.2018 ) dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki

- berkahwin pula dengan Puan Rosnah bt Hashim pada 2019

 

                                       HAJI ISMAIL BIN AHMAD ( ISMAIL RESTU )
- dilahirkan di Kampung Bujang pada 11 MEI 1940

- pendidikan awal di Sekolah Melayu Bujang pada tahun 1947

- belajar dan lulus dalam darjah 5 selama 3 tahun iaitu pada 1951, 1952 dan 1953. Ini kerana pada ketika itu belum wujud kelas darjah 6.

- pada tahun 1954 beliau dapat melanjutkan persekolah dalam darjah 6 dan lulus sijil peringkat ke-2

- seterusnya pada tahun 1955, beliau sekali lagi belajar dalam darjah 6 dan lulus dengan Sijil peringkat Pertama

- pada tahun 1956, beliau ditawarkan untuk menjadi guru

- pada 01 Jun 1956, beliau dilantik sebagai guru pelatih di SK Ayer hangat Langkawi

- pada tahun 1957, beliau lulus sijil perguruan dan dilantik sebagai guru terlatih

- beliau pernah bertugas di SK Singkir dan SK Haji Omar Tahir sebelum bersara

- beliau juga aktif sebagai penulis puisi, pantun,cerpen dan novel. 

- antara karya beliau banyak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia seperti Pantun Kisah Rasul (2012), Sepasang Mata Kita (2014), Adik Sayang Pantun (2014), Api Dari Langit (2006), DiBuru Resah, Sebuah Bangsal di Tengah Hutan dan banyak lagi.

                                               HAJI ROMLI BIN ABU BAKAR

- dilahirkan pada tahun 1944 di Kampung Bujang

- pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bujang

- pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam

- melanjutkan pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan

- bertugas sebagai seorang pendidik Bahasa Inggeris

- bertugas di Universiti Sains Malaysia dengan jawatan terakhir Timbalan Pendaftar USM Pulau Pinang sebelum bersara pada 1986

- menubuhkan Pusat Giat Ilmu di Kampung Bujang dan Kelab Puncak (NGO) di Kampung Sungai Batu Besi.

- beliau banyak terlibat dengan kelas bimbingan dan tambahan untuk anak-anak di Mukim Bujang dan Mukim Merbok, terlibat dengan kelastarian paya bakau di Sungai Bujang dan Sungai Merbok serta lain-lain aktiviti kemasyarakatan dan pencintaan alam.

- beliau banyak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, swasta, badan berkanun, syarikat dan individu terpelajar ( khasnya lepasan graduan USM) dalam dan luar negara serta komuniti setempat dalam menjayakan program dan aktiviti


 

No comments:

Post a Comment