SELAMAT MERAIKAN HARI KEPUTERAAN RASULLULLAH SAW
- MAULIDUR RASUL -
Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah
daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi
bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan
dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan terpilih, dengan beriman, beramal dan berakhlak Islam,
sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga
layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi
pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.
Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)
Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya
dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut Maulidur rasul
setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi
kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada
ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.
No comments:
Post a Comment